
![]()
PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir malam ini mencatatkan penurunan dengan sebanyak 1,209 orang di tiga buah negeri iaitu di Kelantan, Pahang dan Johor.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), setakat pukul 12 tengah hari, sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif.
Manakala, angka kematian akibat bencana banjir kekal tiga orang iaitu seorang di Kota Bharu dan dua orang di Pasir Mas, Kelantan.
“Setakat pukul 12 tengah hari, mangsa banjir di Kelantan adalah seramai 1,034 orang membabitkan 306 keluarga.
“Sementara itu, di Pahang, mangsa banjir yang dicatatkan adalah seramai 121 orang melibatkan 28 keluarga.
“Dalam pada itu, seramai 54 mangsa banjir dilaporkan di Johor melibatkan 14 keluarga,” katanya.
Laporan Harian Bencana Nadma turut memberitahu, daerah terlibat bencana banjir di Kelantan ialah di Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat.
Seterusnya, banjir juga berlaku di Maran, Pahang manakala Johor di daerah Segamat. – KOSMO! ONLINE
The post Banjir: 1,209 mangsa masih berlindung di PPS appeared first on Kosmo Digital.