
![]()
PORT DICKSON – Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, membenarkan wanita yang dituduh membunuh bayinya sendiri bulan lalu dirujuk ke Hospital Permai di Tampoi, Johor bagi penilaian kesihatan mental selama sebulan.
Majistret, Hairun Najmi Mashahadi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam, Ahmad Lokman Abdul Aziz yang mewakili pasangan kekasih itu agar salah seorang tertuduh iaitu Nurul Ain Haslan, 19, menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Selain membenarkan salah seorang tertuduh ke hospital mental, mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 27 Mac ini.
Pada 31 Januari lalu, pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan membunuh seorang bayi perempuan di Teluk Kemang, Port Dickson pada 21 Januari lalu.
Kedua-dua tertuduh Nurul Ain dan Muhammad Emer Irfan Hasren, 21, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.-KOSMO! ONLINE
The post Ibu dituduh bunuh bayi dirujuk ke Hospital Permai appeared first on Kosmo Digital.